Thursday, December 9, 2010

Perempuan dan Kereta

gila lama tak hupdate, ini tetiba jadi gila nak hupdate pasai apa?

tetiba hupdate pastu bubuh tajuk merapu 'perempuan dan kereta' motif betul kan. aku tak tahu nak hupdata pasai apa.susah betui nak berbelog ni kan. so, aku nk cakap pasal perempuan, kawan-kawan perempuan, kereta perempuan dan kereta kawan perempuan. fuhh... sumpah pening nak baca kalau bubuh tajuk gitu.

kalau korang yang jenis tak ada transport, mesti korang tak paham kan apa perasaan org yang bawa kereta ini kan kan. ni aku nak habaq kat orang yang tak bawak apa-apa transport. "hoit, bawak kereta ni susah tau dak, banyak pakai duit sebab minyak kereta bukan murah2 okey pastu penat tahu dak kalau drive ni". tu aku la yang cakap, pembawa kereta yang lain aku tatau lak depa nak cakap apa.

ok, mesti nak cakap aku kerek kan.mentang-metang la aku bawak kereta nak berlagak. hoit! suka suka hang nak cakap berlagak kat aku yang sopan lagi baik hati ini.aku bukan nak berlagak, cuma nak la orang yang tumpang tu memahami sikit perasaan pembawa kereta ini.jangan duduk main tumpang pastu buat kita orang macam driver hang. hamboi suka hati nak buat aku macam driver hang, ini yang nak lempang hampa laju-laju ni!

aku sebenarnya tak kisah pun kalau orang nak tumpang kereta aku, and aku tak kisah nak bawak orang pergi mana-mana. even duit minyak pun aku tak mintak claim. hah, baik kan aku. cepat cakap aku baik! cepat cakap! hahaha.tapi bila buat baik macam gini kadang-kadang depa ini naik kepala benor. ada yang buat kami ini macam driver depa, awai-awai memang la kami tak kesah. tapi kalau setiap semester macam tu jugak. memang naik hangin juga. kalau orang yang jenis tumpang tu reti nak berbahasa tak apa la. ni dah la duit minyak tak pernah nak tong-tong, kalau pi cs (kenapa aku bagi contoh cs? sebab parking cs mahal siyot) dengan duit parking pun orang tukang bawa kereta kene bayar juga.haih ni memang melampau kan kan. memang saja la tu nak buat pembawa kereta ni naik hangin sampai rasa nak tinggal ja hampa kat tepi jalan (ok ini tipu !)

tapi, aku masih bersyukur sebab aku di kelilingi kawan-kawan yang sangat memahami. kawan-kawan aku sumpah baik gila, walaupun jarang gila naik kereta dengan aku tapi dia punya budi bahasa wa cakap lu terbaik dowh! haritu aku ada la bawak depa pi mana ntuh, pi dekat dekat ja pun, area danga bay tu ja. tapi lepas balik kolej tu kawan aku sorang ni mai bilik aku bg RM10, gila la weh. baik hati gila. aku terkejut gila sebab first time situasi gini jadi. serious wa rasa nak menitis air mata masa tu. macam teharu dowh! lepas tu minggu depan sorang lagi datang belanja wa RM10.wa teharu lagi der, time tu juga aku call bf semangat nak cerita bende gini.teharu punya pasal sampai tak dan dan nak cerita kat bf. (annoying dak aku? orang bagi RM10 pn nak kecoh kan hihihi)

apa yang aku nak tekankan kat sini bukanla pembawa kereta ini kedekut, cuma kadang-kadang kene la berbudi bahasa sikit. kalau korang dah selalu naik kereta orang tu 24jam selama bertahun-tahun tak kan tak rasa malu kalau tak pernah berbudi berbahasa dengan tukang bawak kereta tu. aku jamin, dengan sedikit budi bahsa yang korang tunjuk.confirm pembawa kereta boleh cair dowh and confirm la pembawa kereta ini akan sudi bawa korang kemana sahaja lepas itu.

hampa tak payah bayar duit minyak pun tak apa, banyak lagi benda lain hampa boleh buat untuk balas jasa kat tukang bawa kereta (bajet gila nak cakap pembawa kereta ni banyak buat jasa). contohnya, kalau hampa pi cs(tgk! cs lagi, JB ni tak ada mall lain ke) duit parking tu hampa bayar la.tak pun kalau hampa kedekut sangat tanak bayar parking cs tu hampa belanja la aiskrim ke hape ke kan. hah, baru la nampak kita berbudi bahasa amalan mulia.iye dok.

tu ja kot, aku pening la berbelog ni.aku tak pandai. haih! bila nak jadi power berbelog macam AYUE SURIHAYOT ni ? owh ayu hang memang my idole .

p/s:terima kasih buat kawan-kawan aku seperti aina, zana, nadey, ayu dan lain-lain. aku first time jumpa orang macam hampa. sumpah kalau dengan korang, aku tak pernah rasa nak berkira sesen pun. nak pergi mana-mana dengan gua, lu olang roger je.gua dengan senang hati nak bawa korang tahu :))

Sunday, June 13, 2010

minyak wangi itu memang kesukaan.

di sebabkan baru pulang dari parkson, tetiba i berasa gediks kali kedua nak hudpdate belog hari ni.sebab hari ni i gediks nak bercerita pasal perfumes.omg perfumes, kesukaan tu! ok. So, nak cerita sikit perfumes2 yang i pernah pakai.ada perfumes yang i beli sendiri, and ada ami yang bagi and ada yang i pow perfumes parents hehe.keji kan ? ok, perfumes yang i pernah pakai.

1 : Ralph by Ralph Lauren
okeng, perfumes ni sedap je bau dia.bila spray je, seriously sedap je bau.and bau yang tak terlalu kuat,just nice sangat bau dia.tapi yang tak bestnya.awal-awal spray mmg cofident la nak jalan.yela, mmg wangi.tapi lama-lama, confident hilang 0% mcm tu sahaja.why ? sebab perfumes ni sangat la tak long lasting.maybe tak sampai 3-4hours dah hilang bau.rugi-rugi ok kalau korang pakai.so jangan beli ini.

2 : Mediterranean by Elizabeth Arden


okeng this perfumes i pakai masa i 2nd year. now, still ada lagi sebab suka bau dia.so bila dah tinggal suku, i jarang guna.sbb sayang nak habiskan sob sob. i suka bau dia, fresh sangat, feminin and it is EDP(Eau de Parfum) .so bila dia EDP, dia mcm long lasting la kan.and memang long lasting compare tu ralph before yg cuma EDT. serious, kalau you guys beli.tak rugi sangat ok.

3 : Delicious Midnight Perfume by DKNY

ok perfumes ini i tak sure nak cakap sedap ke tak, sebab bagi i.bau dia sangat biasa. and i beli this perfume 100mL juga.di sebabkan tak suka bau ni, everyday i pergi kelas pakai ni.sebab nak cepat sangat habis. tapi malangnya, tak habis-habis lagi sampai skrg.OMG, please la habis.sangat bosan kot bau ini.i tak suka sangat bau dia, tapi ramai cakap sedap. btw, this perfumes juga EDP.and long lasting.i pergi practical pakai ni, dari pagi sampai petang.still ada bau.tapi i tetap rasa bau dia biasa sahaja.kenapa eh? but, the others delicious is best ok.yang delicious midnight ni sahaja i nak condemn. if you nak beli, i suggest you beli yang Be Delicious, Red Delicious (for men), or the latest yang Delicious Candy Apples.

4 : Bvlgari Omnia Amethyste by Bvlgari


ok this one is my favourita. i got this masa i 3rd year. ami yang bagi, serious i nak beli sangat tak mampu. this one 65mL je tapi the price is expensive for me. i tak mampu nak beli. thanks to ami for giving this. guys, the bvlgari perfumes sgt best.all the omnia products mmg sedap. and this amethyste is really the best, sebab dia ada bau woods sikit if tak silap. spray sikit je, and bau dia mmg kuat and sedap. trust me, bila you pakai memang confirm org cakap sedap.tp, please jangan spray banyak ok.sebab mmg kuat bau dia. this one EDT tapi sangat long lasting.

5 : Calvin Klein Eternity by Calvin Klein

okeng, letih dah nak type. i mmg kurang suka perfumes CK, HUGO BOSS sebab bau dia sangat biasa. tapi i tak cakap bau dia tak sedap.cuma basic and i rasa macam semua CK perfumes bau sama.ok, this one i tak beli.sebab i rasa nak jimat my perfumes i tetiba pow my mum punya perfumes. dia mcm dah tak pakai ni. so i pakai ni pergi praktical.and perfumes ni sedap la juga, and long lasting sebab dia pun EDP.

randomly : antara perfume lain deep red hugo boss, angel thierry mugler. deep red ni bau dia ok EDP juga, and long lasting. tapi bau dia bau perfumes yang biasa.tapi sedap.rasanya teens mmg suka bau yang mcm ni. perfume angel t.m ni very kuat ok.seriously jgn spray banyak.boleh pening.tapi, even kuat, lama-lama bau dia jadi sangat nice. and angel ni bau sweet :) sorry dah malas,so mmg randomly je la k.



ok, so kalau u guys nak beli perfumes.beli la yang edp ok. and mostly i mmg tak beli perfumes yang macam paris hilton ke britney ke jlo ke escada ke.sebab i mmg tak suka bau yang sweet.i prefer something yang floral, feminin and fresh.

now, im looking for Idole d' Armani tapi i nak suggest beberapa perfumes yang i rasa best tapi i tak mampu nak beli. miss dior cherie blooming, bvlgari jasmin noir, escada incredible me or desire me, burberry london. dior jadore pun sedap.

MTBE/PP (M) SDN. BHD.



omg, latihan industri.sounds classic gilak hahaha. practical dah nak habis baru nak tegediks-gediks nak belogg..sungguh kampung youu!

Ok tmpt practical i kat gebeng, kuantan, pahang.sangat and sangat and sangat dekat dgn rumah.duit makan,duit minyak memang fully parent bayar.hah! tu la, abah aku yang suruh practical dekat2, kan dah kene tanggung aku ini ;D. MTBE/Polypropylene Malaysia Sdn. Bhd. ni nama company tempat aku practical. meh nak highlight nama company sebab bila sebut nama ni,semua buat muka jakun, tekejut comel, muka kehairanan, tepingga-pingga kan-kan. So, pasni tak payah nak tekejut-kejut.sebab i nak explain pasal company ni. mesti hampa tertanya-tanya company ni company apa, bak kata lain mesti ada yang nak kata tak famous pun company tu kan. famous ke tak famous aku tak tahu la.tapi company ni 100% wholly owned by petronas juga.ingat kalau company petronas mesti la pasal petronas refineries je kan.So, mtbe/pp ni bukan refinery.mmg la tak glamour. mtbe/pp ni adalah petrochemical company.

ok,sambung lagi.company ni sebenarnya ada 2 company yg digabungkan atau dimanagekan dalam satu management. mtbe malaysia produce mtbe, mtbe ni apa? hang cari sendiri la.malas aku nak explain. since nak produce mtbe, dia ade juga produce propylene(by product dia kot). so, sebab tehasilnya propylene diaorg pun bina satu lagi plant bersebelahan mtbe ni.so ada la polypropylene (pp) plant disebelah mtbe and wujudnya syarikat polypropylene malaysia. hah.paham dak? kiranya, propylene dari mtbe ni diaorg supply pergi polypropylene(pp) malaysia untuk di jadikan polypropylene. polypropylene ni ialah ibu segala plastik.kiranya, nak buat plastik kene bubuh PP ni la.ok skrg korang dah tau kan company ni ada 2plant yg iaitu MTBE PLANT and PP PLANT. tapi sebenarnya, company ni ada 1lagi plant,iaitu PDH plant. PDH(Propane Dehydrogenation) plant. since permintaan propylene bertambah, petronas pun bina la plant ni. plant ni menghasilkan propylene juga. ok paham tak? kesimpulan: diaorg ada mtbe plant, pp plant, and pdh plant.

so, aku di attached kan ke pp plant.since, itu adalah polymer plant.so, aku sangat terjakun sekejap.mak aih, manala tau pasal polymer. pp plant ni adalah plant yg paling kecil compare tu mtbe and pdh plant.tapi, i tell you.working at there is good enough.eventhough, its the smallest one.but its hard to handle compare to others plant. sebab apa susah handle? sebab plant ni adalah 3phase plant. ada gas, liquid, solid. kalau mtbe and pdh, diaorg cuma 2phase,liquid and gas ja(kalau aku tak salahla hehe).so, kalau korang nak kerja senang.jangan apply company yg handling solid ok. sangat susah.seriously, comapny ni sgt best. and senior dah bergraduasi, sila la cuba nasib di company ni dan rasanya diaorg ckp gaji fresh graduate dah naik jadi RM4000.banyakkkkkk tu ok. hadoi...sangat banyak nak belog.tapi mood malas cam comel ni dah datang. to be continue :)



p/s: tak ada gambar dalam plant.next week, baru sesi fotografi dalam plant.nanti upload ok.

p/s/s: kalau nak jadi process engineer jangan berangan la nak pakai heels, baju kurung, gincu, bedak 5-6inchi ya.kalau nak pakai semua segala itu, masukla goverment.tapi kan jadi process engineer boleh pakai perfumes.no worries ok hehe :)

Sunday, May 9, 2010

oy, wa geram betul la.

bila buat baik, asyik nak kutuk aku je.asyik nak cari pasal.malas nak layan,so delete facebook orang tu terus lagi bagus kan.kutuk tu berpada-pada ye, hanak ni bukan macam adam.boleh bersabar macam tu hehe. peace !

Friday, May 7, 2010



Tuesday, May 4, 2010

berlagak ?

Orang kaya tidak akan menunjuk-nunjuk kekayaan mereka.orang yang tidak kaya pula lebih-lebih menunjuk-menujuk kekayaan mereka walhal kehidupan mereka tidaklah mewah malah masih dikelilingi hutang-piutang.kenapa perlu berlagak seolah-olah kita paling berwang ? tak perlu malu hanya kerana tidak berwang, tak perlu malu kerana tidak memakai barang berjenama.tak perlu malu mengaku jika ibu dan ayah hanya bergaji murahan.tapi bermalulah kita kerana masih memberlanjakan wang ibu dan ayah!


p/s: aku malu masih meminta duit ibu dan ayah, kalian bagaimana pula?

Sunday, May 2, 2010

r i n d u

rindu nak naik gunung dengan mereka-mereka.kawan-kawan gunung kesayangan.haih! menyampah amat praktikal ni.ganggu cuti betul. dah miss 3 bende cuti ni.

  • broga hill


  • gunung nuang


  • gunung rajah

owh! sangat-sangat nak join mereka.

p/s: korang bila nak pegi kinabalu ? bila nak pegi chemerong waterfall ? gunung berembun ?