Thursday, December 9, 2010

Perempuan dan Kereta

gila lama tak hupdate, ini tetiba jadi gila nak hupdate pasai apa?

tetiba hupdate pastu bubuh tajuk merapu 'perempuan dan kereta' motif betul kan. aku tak tahu nak hupdata pasai apa.susah betui nak berbelog ni kan. so, aku nk cakap pasal perempuan, kawan-kawan perempuan, kereta perempuan dan kereta kawan perempuan. fuhh... sumpah pening nak baca kalau bubuh tajuk gitu.

kalau korang yang jenis tak ada transport, mesti korang tak paham kan apa perasaan org yang bawa kereta ini kan kan. ni aku nak habaq kat orang yang tak bawak apa-apa transport. "hoit, bawak kereta ni susah tau dak, banyak pakai duit sebab minyak kereta bukan murah2 okey pastu penat tahu dak kalau drive ni". tu aku la yang cakap, pembawa kereta yang lain aku tatau lak depa nak cakap apa.

ok, mesti nak cakap aku kerek kan.mentang-metang la aku bawak kereta nak berlagak. hoit! suka suka hang nak cakap berlagak kat aku yang sopan lagi baik hati ini.aku bukan nak berlagak, cuma nak la orang yang tumpang tu memahami sikit perasaan pembawa kereta ini.jangan duduk main tumpang pastu buat kita orang macam driver hang. hamboi suka hati nak buat aku macam driver hang, ini yang nak lempang hampa laju-laju ni!

aku sebenarnya tak kisah pun kalau orang nak tumpang kereta aku, and aku tak kisah nak bawak orang pergi mana-mana. even duit minyak pun aku tak mintak claim. hah, baik kan aku. cepat cakap aku baik! cepat cakap! hahaha.tapi bila buat baik macam gini kadang-kadang depa ini naik kepala benor. ada yang buat kami ini macam driver depa, awai-awai memang la kami tak kesah. tapi kalau setiap semester macam tu jugak. memang naik hangin juga. kalau orang yang jenis tumpang tu reti nak berbahasa tak apa la. ni dah la duit minyak tak pernah nak tong-tong, kalau pi cs (kenapa aku bagi contoh cs? sebab parking cs mahal siyot) dengan duit parking pun orang tukang bawa kereta kene bayar juga.haih ni memang melampau kan kan. memang saja la tu nak buat pembawa kereta ni naik hangin sampai rasa nak tinggal ja hampa kat tepi jalan (ok ini tipu !)

tapi, aku masih bersyukur sebab aku di kelilingi kawan-kawan yang sangat memahami. kawan-kawan aku sumpah baik gila, walaupun jarang gila naik kereta dengan aku tapi dia punya budi bahasa wa cakap lu terbaik dowh! haritu aku ada la bawak depa pi mana ntuh, pi dekat dekat ja pun, area danga bay tu ja. tapi lepas balik kolej tu kawan aku sorang ni mai bilik aku bg RM10, gila la weh. baik hati gila. aku terkejut gila sebab first time situasi gini jadi. serious wa rasa nak menitis air mata masa tu. macam teharu dowh! lepas tu minggu depan sorang lagi datang belanja wa RM10.wa teharu lagi der, time tu juga aku call bf semangat nak cerita bende gini.teharu punya pasal sampai tak dan dan nak cerita kat bf. (annoying dak aku? orang bagi RM10 pn nak kecoh kan hihihi)

apa yang aku nak tekankan kat sini bukanla pembawa kereta ini kedekut, cuma kadang-kadang kene la berbudi bahasa sikit. kalau korang dah selalu naik kereta orang tu 24jam selama bertahun-tahun tak kan tak rasa malu kalau tak pernah berbudi berbahasa dengan tukang bawak kereta tu. aku jamin, dengan sedikit budi bahsa yang korang tunjuk.confirm pembawa kereta boleh cair dowh and confirm la pembawa kereta ini akan sudi bawa korang kemana sahaja lepas itu.

hampa tak payah bayar duit minyak pun tak apa, banyak lagi benda lain hampa boleh buat untuk balas jasa kat tukang bawa kereta (bajet gila nak cakap pembawa kereta ni banyak buat jasa). contohnya, kalau hampa pi cs(tgk! cs lagi, JB ni tak ada mall lain ke) duit parking tu hampa bayar la.tak pun kalau hampa kedekut sangat tanak bayar parking cs tu hampa belanja la aiskrim ke hape ke kan. hah, baru la nampak kita berbudi bahasa amalan mulia.iye dok.

tu ja kot, aku pening la berbelog ni.aku tak pandai. haih! bila nak jadi power berbelog macam AYUE SURIHAYOT ni ? owh ayu hang memang my idole .

p/s:terima kasih buat kawan-kawan aku seperti aina, zana, nadey, ayu dan lain-lain. aku first time jumpa orang macam hampa. sumpah kalau dengan korang, aku tak pernah rasa nak berkira sesen pun. nak pergi mana-mana dengan gua, lu olang roger je.gua dengan senang hati nak bawa korang tahu :))

2 comments:

AyuE SurihanyOt said...

woit2 tak payah la besar kan nama aku sampai mcm tu sekali...haha


btw i ingat u nak kata kat i td..keh keh keh..

FaiZ aBaS said...

jom pi belumut naik ccf2144..ank drive minyak tol pakai duit ank...ank kn baek ati!!!;))

Post a Comment